Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-APRIL 2017

RM 17,070,605.99

AGIHAN JANUARI-APRIL 2017

RM 23,514,686.56

SOALAN

Zakat Perniagaan ialah Harta Perniagaan yang berdasarkan kepada syarak sama ada berbentuk barangan ataupun perkhidmatan.

Wajib

 Islam, Merdeka, pendapatan halal, Sempurna Milik, Cukup Nisab Dan Cukup Haul

Kadar zakat pendapatan 2.50% berasaskan kalendar Hijrah dan 2.577% berasaskan kalendar Masihi 

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada 1 syawal
  2. Anak yang lahir sebelum (Uruf) matahari akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari ramadhan.
  3. Menganut Agama Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berbekalan Islamnya sehingga awal Syawal.
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

WAJIB : Akhir Ramadan sehingga terbit matahari

SUNAT     : Ssepanjang Bulan Ramadhan 

MAKRUH : Selepas solat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

HARAM    : Selepas terbenam matahari pada satu syawal ( hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat                          fitrah dan dikira sedekah)

Zakat Fitrah adalag merupakan satu ibadah, mengikut para ulama bersetuju bahawa diperlukan niat dalam masalah zakat. Ini berdasarkan Sabda Nabi S.A.W :

" SESUNGGUHNYA AMALAN ITU DENGAN NIAT " (RIWAYAT AL-BUKHARI)

Maka setiap zakat atau wakilnya wajib berniat mengeluarkan Zakat Fitrah untuk diri sendiri dan tanggungannya atau sebagai wakil.

 

Dari Riwayat Al-Bukhari bermaksud :

" NABI S.A.W MEMFARDHUKAN ZAKAT FITRAH DENGAN KADAR SATU GANTANG DARIPADA TAMAR ATAU SATU GANTANG DARIPADA TEPUNG KE ATAS HAMBA DAN MERDEKA, LELAKI DAN WANITA, KANAK-KANAK DAN DEWASA DARIPADA ORANG ISLAM. "

Firman ALLAH S.W.T Yang bermaksud :

" LAKI-LAKI YANG TIDAK DILALAIKAN OLEH PERNIAGAAN DAN TIDAK PULA OLEH JULA BELI DARI MENYEBUT TENTANG MENGINGATI ALLAH DAN MENDIRIKAN SOLAT SERTA MEMBAYAR ZAKAT, MEREKA TAKUTKAN HARI YANG HATI DAN PENGLIHATAN MEREKA MENJADI GUSAR. "

Islam, Merdeka, Sempurna Milik, Cukup Nisab, Cukup Haul, Niay Berniaga

Zakat adalah yang ditentukan kewajipannya oleh Allah S.W.T sedangkan cukai ditentukan oleh Pemerintah (Negara)

Wang yang disimpan didalam akaun, akaun simpanan tetap, akaun semasa serta lain-lain simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

Hadis RASULULLAH S.A.W yang di riwayatkan Saidina Ali R.A yang bermaksud : 

" APABILA KAMU MEMPUNYAI 200 DIRHAM DAN TELAH CUKUP HAUL ( SETAHUN ) DIWAJIBKAN ZAKATNYA 5 DIRHAM "

  • Cukup kadar Nisab
  • Cukup tempoh Haul iaitu setahun
  • Bebas daripada hutang yang membebankan

Nisab Zakat Simpanan adalah berdasarkan nilai emas seberat 85 Gram

Emas dan Perak wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Bagi perak ia termasuk perhiasan atau barangan yang disimpan . ia dikira mengikut Harga 1 Gram Perak semasa. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W,T yang bermaksud : 

" DAN MEREKA YANG MENYIMPAN EMAS DAN PERAK, DAN TIDAK MEMBELANJAKANNYA PADA JALAN ALLAH S.W.T (MENGELUARKAN ZAKAT), MAKA GEMBIRAKANLAH MEREKA DENGAN AZAB YANG PEDIH, PADA HARI MEREKA DIBAKAR DIDALAM NERAKA JAHANAM DAN DI BAKAR MUKA MEREKA, RUSUK DAN BELAKANG MEREKA HANYA SERAYA DIKATAKAN KEPADANYA INILAH HARTA YANG KAMU SIMPAN SELAMA INI BUAT DIRIMU, MAKA RASAILAH BALASAN YANG KAMU SIMPAN DAHULU." (SURAH AL-TAUBAH 34-35)

Islam, Sempurna Milik, Merdeka, Cukup Nisab, Cukup Haul

Nisab Zakat Emas ialah 85 Gram. Ulama' sepakat mengatakan bahawa Emas apabila cukup 20 Misqal, Wajib dikenakan zakat. Kadar Zakat Emas ialah Rubu'Al-'Usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus.

NISAB EMAS ADALAH 20 MISQAL ATAU 85 GRAM EMAS

NISAB PERAK ADALAH 200 DIRHAM ATAU 595 GRAM PERAK

Zakat Pendapatan dari gajian termasuklah segala jenis hasil Pendapatan atau Pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, dividen, bonus, komesin, hasil sewaan, royalti, hibah, imbuhan, elaun, pampasan, pencen dan lain-lain bentuk persoalan semasa hidup/ bersara dan apa jua pendapatan.

Zakat Fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan keatas setiap umat islam lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 02/06/2017

WAKTU SOLAT