Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-APRIL 2017

RM 17,070,605.99

AGIHAN JANUARI-APRIL 2017

RM 23,514,686.56

   

 Perkembangan teknologi komunikasi masa kini merupakan rahmat yang begitu besar dari Allah S.W.T kepada manusia seluruhnya. Manfaat dari perkembangan ini sangat wajar diguna pakai sebaik-baiknya untuk kebaikan bersama. Oleh demikian Pusat Zakat Sabah (MUIS) tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan teknologi komunikasi itu. Majlis Ugama Islam Sabah dan CELCOM Mobile SDN BHD telah menandatangani Surat Perjanjian pada Ogos 2011. Pusat Zakat Sabah (MUIS) menerima pelawaan tersebut bagi memudahkan rakyat sabah yang berada dimana sahaja untuk menunaikan kewajipan berzakat yang merupakan rukun islam yang keempat. 

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran melalui SMS:

          CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] SABAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya

 

- Ini adalah pembayaran untuk zakat fitrah sahaja.

- Kadar fitrah yang di bayar mengikut negeri masing-masing

- Bayaran Zakat Fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan 

- Resit bayaran Zakat melalui SMS ini boleh muat turun dari laman berikut:

                     CELCOM : http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/

- Klik Logo Pusat Zakat Sabah

- Masukkan nombor telefon dan Nombor kad pengenalan. Selepas itu ikut arahan seterusnya.


 

  DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah membuka satu lagi saluran untuk kemudahan muslimin menunaikan Zakat Fitrah   menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS. Dengan itu, DiGi telah melantik Ionnex sebagai wakil untuk membina sistem   bagi memudahkan kutipan zakat bagi DiGi. Perkhidmatan ini telah berkuatkuasa pada tahun 2013.            

penggunaan kemudahan ini juga adalah percuma, pengguna hanya dikenakan caj bayaran Zakat Fitrah sahaja.                                                     

      DiGi : SMS FITRAH ke 2000 dan ikuti arahan seterusnya

- Perkhidmatan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula dari 1 Ramadhan sehingga hari terakhir Ramadhan (6PM)

- Alternatif untuk pembayar zakat menunaikan tanggungjawab membayar Zakat Fitrah

- Memudahkan pengguna membayar Zakat Fitrah ke kampung halaman

- Servis yang digunakan mesra pengguna. Maximum per transaksi adalah seramai 7 orang sahaja untuk        mengelakkan sebarang kesalahan semasa menggunakan servis ini.

- Pemberitahuan transaksi berjaya melalui SMS

- Resit boleh diperolehi melalui website 

                  DIGI : http://www.digi.com.my/zakat

- Sila ikuti arahan dan anda boleh mencetak resit.

- Selamat Membayar Zakat, Berzakat membawa Berkat.

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 02/06/2017

WAKTU SOLAT