Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-JUN 2017

RM 28,742,745.18

AGIHAN JANUARI-JUN 2017

RM 34,198,843.07


     Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (FATWA) negeri Sabah dalam muzakarahnya pada 26 Ogos 1998, telah memutuskan bahawa umat Islam negeri ini WAJIB membayar zakat pendapatan dari penggajian. Keputusan fatwa ini telah diwartakan pada 20 Februari 2003 di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Tahun 1992.

     Dalam hubungan ini, DR. Yusof Al-Qardawi ahli fekah terkemuka di dunia Islam masa kini telah berpendapat bahawa " gaji dan pendapatan profesional itu wajar dikenakan zakat. " ini kerana gaji, pendapatan profesional dan pendapatan dari modal yang tidak diperniagakan merupakan harta perolehan. Pada awalnya beliau menyatakan wajib zakat harta ini kerana dinamakan 'harta perolehan' tetapi akhirnya kembali kepada konsep Al-maslaha sepertimana yang dilakukan di zaman Umar Al-Khattab, beliau menyebut tentang keadilan yang perlu ditegakkan dalam soal pembayaran zakat harta antara para pegawai dan ahli profesional yang berpendapat kecil. Pendapat yang sama juga telah dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Abu Zahra.     

TAKRIF ZAKAT PENDAPATAN GAJIAN

Zakat pendapatan dari gajian termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, dividen, bonus, komisyen, hasil sewaan, royalti, hibah, imbuhan, elaun, pampasan, pencen dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup/ bersara dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya sebagai profesional seperti khidmat guaman, khidmat nasihat perundangan, khidmat agen, khidmat perubatan, khidmat arkitek/ jurutera, khidmat kepakaran dan khidmat-khidmat lain yang menghasilkan pendapatan.

SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN GAJIAN 

Islam, Sempurna Milik, Pendapatan/Hasil, Cukup Nisab dan Haul.

PELARASAN CUKAI DENGAN ZAKAT 

Warta Kerajaan bertarikh 1 Januari 2001 berkenaan dengan kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada saraan) Pindaan 2000 dan berkuat kuasa mulai Januari 2001 : 

Di mana seorang pekerja telah membuat bayaran zakat yang dibuat kepada pihak berkuasa zakat, majikan boleh membuat penyesuaian kepada Potongan Cukai Berjadual(PCB) yang harus dipotong setelah melihat bukti pembayaran tersebut.

PANDUAN PENYERTAAN

  • Skim ini terbuka kepada semua kakitangan yang beragama Islam di sektor kerajaan, badan berkanun dan swasta.
  • Borang Skim Potongan Zakat Berjadual hendaklah diisi oleh pemohon dan diserahkan kepada pihak majikan (Bahagian/Unit Gaji) atau terus ke Pusat Zakat Sabah
  • Jumlah potongan zakat bulanan boleh ditentukan oleh pemohon berdasarkan Borang Panduan Kiraan Zakat Gajian atau mengikut taksiran yang dibuat oleh Pusat Zakat.
  • Bagi mereka yang layak dikenakan PCB, pihak majikan akan membuat pelarasan antara PCB dengan bayaran zakat yang diwajibkan bagi setiap bulan.
  • Sebarang perubahan jumlah bayaran sama ada penambahan, pengurangan atau pemberhentian hendaklah dimaklumkan kepada pihak majikan dengan mengisi borang kebenaran yang baru.
  • Jika berlaku pertukaran alamat, Seharusnya memaklumkan kepada Pusat Zakat Sabah (MUIS)

KOD POTONGAN GAJI

KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI 

Kod Potongan                       Singkatan                        Perihal Potongan

     862                                           ZAKAT                    ZAKAT PENDAPATAN GAJIAN

KAKITANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kod Sistem Gaji               Objek Amanah                        Perihal

        5760                                   85699                        PUSAT ZAKAT SABAH (MUIS)

KENAPA HARUS POTONG GAJI !!!!!

  • Memudahkan urusan kakitangan / pembayar untuk menunaikan kewajipan berzakat.
  • Menjimatkan masa anda (tidak perlu ke kaunter zakat untuk membuat bayaran).
  • Pembayaran zakat anda tidak lagi tertangguh serta dapat mengurangkan beban membayar sekali gus.

PERTANYAAN SPZB

  • PUAN NORZALIMAH BINTI AWANG DAMIT { PENOLONG SETIAUSAHA PZB }
  • PUAN LOZITA PRIMUS { PENOLONG PEGAWAI } 
  • ENCIK AHMAD SHAHIR BIN SHARIN { PEMBANTU TADBIR }
  • PUAN RABIATUL ADAWIYAH AZMAN { PEMBANTU TADBIR }
  • ENCIK MOHD ANAS SYAZWAN BIN JAFFRIE { PEMBANTU TADBIR

 

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 17/07/2017

WAKTU SOLAT