Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-MAC 2017

RM 11,768,936.80

AGIHAN JANUARI-MAC 2017

RM 13,344,923.59

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Pusat Zakat Sabah (MUIS)

1.   Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia beragama Islam dan berasal dari Sabah atau salah seorang ibu atau ayah       pemohon lahir di Sabah ( Penduduk asal ) atau kedua-dua ibubapa pemohon adalah pemastautin (Warganegara                 Malaysia) yang menetap di sabah melebihi 10 tahun.

2.   Had umur pemohon minimum 18 tahun / maksimum 28 tahun .

3.   Pusat Pengajian Tinggi dan kursus yang dipohon atau sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

4.   Kursus yang dipohon adalah kursus-kursus yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

5.   Telah mendapat tempat/tawaran dan belajar sepenuh masa (tidak bekerja dimana-mana institusi pengajian tinggi                 yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

6.   Sekiranya bukan beragama Islam hendaklah disahkan mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk memeluk             agama Islam. (Mualaf)

7.   Disahkan boleh mengikuti pengajian di luar negara sama ada oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau                   Kementerian Luar Negeri atau Kedutaan Malaysia ( Jabatan Penuntut Malaysia).

8.   Tidak mendapat sebarang tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah atau Kerajaan Persekutuan atau Yayasan Sabah           atau mana-mana badan penaja yang lain sama ada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman.

9.   Pelajar-pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Jordan dan Mesir mestilah memiliki sijil STAM dengan                         sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid.

10. Permohonan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran semester pertama

11. Hanya dibuka bagi pelajar yang melanjutkan Pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah sahaja


Borang pendidikan yang terdapat di Pusat Zakat Sabah (MUIS) adalah seperti dibawah

1. BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN PELAJARAN (YURAN PENDAFTARAN)

2. BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN PELAJARAN (TIKET PENERBANGAN)

3. BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN (MUALAF)

4. BORANG PERMOHONAN DERMASISWA

Pemberitahuan:

Borang hanya boleh didapati di Ibu pejabat Pusat Zakat Sabah (MUIS)

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 14/02/2017

WAKTU SOLAT