Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-APRIL 2017

RM 17,070,605.99

AGIHAN JANUARI-APRIL 2017

RM 23,514,686.56

 

Wang yang disimpan di dalam akaun, akaun simpanan tetap, akaun semasa, serta lain-lain simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan. Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

Dalil wajib bagi zakat KWSP/LTAT adalah merupakan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Saidina Ali R.A yang bermaksud

" Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham."

Contoh Akaun Simpanan

 

Tarikh Keluar (RM) Masuk(RM) Baki(RM)
01/01/xxxx   20,000 20,000
15/04/xxxx 2,000   18,000
28/08/xxxx 1,200   16,800
31/12/xxxx   2,000 18800

 

Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 16,800 ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/xxxx hingga 31/12/xxxx.

Contoh Pengiraan (Nisab RM 11,700)

1) Baki Terendah = RM 16,800 (Melebihi Nisab)

Zakat = RM 16,800 X 2.5% = RM 420 ( 2.5% haul mengikut tahun hijrah)

2) Baki Terendah = RM 16,800 (Melebihi Nisab : RM 11,700.00)

Zakat = RM 16,800 X 2.577% = RM 432.94 (2.577% haul mengikut tahun hijrah)

 

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 02/06/2017

WAKTU SOLAT