Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-MAC 2017

RM 11,768,936.80

AGIHAN JANUARI-MAC 2017

RM 13,344,923.59

 

Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dibayar hasil daripada perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama orang Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi, atau perniagaan saham dan sebagainya. Firman Allah S.W.T yang menyebut zakat perniagaan bermaksud :

"Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari menyebut tentang mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat, mereka takutkan hari yang hati dan penglihatan mereka menjadi gusar." ( Surah An-Nur (24) : 37 )

Syarat-syarat wajib zakat

Islam, Merdeka, Sempurna Milik, Cukup Nisab (85gram), Cukup Haul, Niat Berniaga

KAEDAH PENGIRAN

KAEDAH 1 - MODAL KERJA (WORKING CAPITAL)
[ Aset Semasa - Liabiliti Semasa ] - Pelarasan Aset Semasa + Pelarasan Liabiliti Semasa = 
x % Pemilikan Muslim x 2.577 %

 *2.577 % merujuk kepada kalendar Miladiah

Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd, Koperasi, Trading, Enterprise dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

KAEDAH 2 - MODAL BERKEMBANG (GROWTH)
[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset
Separuh Tetap] x % Pemilikan Muslim x 2.577 %

* 2.577% merujuk kepada kalendar Miladiah 

Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Pertanyaan Zakat Perniagaan

  • EN. PUTERA ALIIF AL'AIN BIN JASNI { PENOLONG SETIAUSAHA ZAKAT PERNIAGAAN DAN PENYELIDIKAN }
  • DG NURAFIZAH EMRAN { PENOLONG PEGAWAI ZAKAT PERNIAGAAN }

 

PEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN 2015

SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN

LOGO zp

 

 

    

 

 

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 14/02/2017

WAKTU SOLAT