Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-JUN 2017

RM 28,742,745.18

AGIHAN JANUARI-JUN 2017

RM 34,198,843.07

 

      Sejarah telah membuktikan bahawa emas merupakan logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai mata wang serta nilai harga barangan. Jesteru itu, syarak telahpun menganggap emas sebagai nilai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyariatkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk wang ataupun ketulan yang belum dileburkan. Kewajipan tersebut telah dijelaskan dalam Al-Quran surah al-Taubah ayat 34 yang bermaksud :

" Dan mereka yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah mereka dengan azab seksa yang pedih."

 

Syarat-syarat wajib zakat emas :

Islam, Sempurna Milik, Merdeka, Cukup Nisab, Cukup Haul

Zakat emas terbahagi kepada 2 bahagian :

  • Zakat emas Simpanan
  • Zakat emas Perhiasan

Kaedah Pengiraan

 

Zakat Emas Simpanan Zakat Emas Perhiasan
Emas yang disimpan dan tidak dipakai dalam tempoh setahun. Sekiranya timbangan emas menyamai atau melebihi nisab (85gram), maka wajib dikeluarkan zakat Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalamtempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat keatasnya.Tetapi jika ianya melebihi uruf, maka wajib dikeluarkan zakat. kadar uruf pemakaian emas di negeri
 sabah adalah 152 gram.
CONTOH:
Berat Emas                 : 100 gram
Harga emas semasa  : RM 110 x 100gram
                                      RM 11000.00
Zakat                          : RM 11,000.00 x 2.5 %
                                    : RM 275.00
CONTOH
Berat Emas yang dipakai            : 252 gram
uruf emas                                     : 152 gram
Berat emas yang layak dizakat : 252 gram - 152 gram
                                                       : 100 gram
Zakat               : 100 gram x RM110 x RM110 Pergram
                         : RM 11,000.00 x 2.5%
                         : RM 275.00

 

 

Pertanyaan Zakat Emas dan Perak 

  • USTAZ ABDUL RAUF BIN ABAS { PENOLONG SETIAUSAHA DAKWAH DAN SYARIAH }
  • USTAZ MOHD HAFIZH BIN MURSAL { PENOLONG PEGAWAI DAKWAH DAN SYARIAH

 

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 13/09/2017

WAKTU SOLAT