Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-APRIL 2017

RM 17,070,605.99

AGIHAN JANUARI-APRIL 2017

RM 23,514,686.56

 

Pengertian Zakat Fitrah

  •  Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain keatas setiap Umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di Bulan Ramadan ini bertujuan membersihkan dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Hukum Zakat Fitrah

  • Mengeluarkan zakat fitrah hukumnya adalah wajib keatas setiap umat Islam yang mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki @ perempuan dan berakal @ tidak.
  • Zakat ini ditunaikan sepanjang bulan Ramadhan sahaja dengan kadar satu Gantang Baghdad atau 2.7 kg beras, dan diwajibkan keatas semua Umat Islam berdasarkan ketetapan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

  • Waktu Wajib

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

  • Waktu Afdal

Sebelum umat islam menunaikan sembahyang Hari Raya

  • Waktu Sunat

Sepanjang bulan Ramadhan

  •  Waktu Makruh

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

  • Waktu Haram

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal. (wajib melakukan walaupun berdosa tetapi dikira qada.

{ BERZAKAT MEMBAWA BERKAT }

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 02/06/2017

WAKTU SOLAT