Laman Web Rasmi

NISAB 2017

 RM 13,600.00

PUNGUTAN JANUARI-JUN 2017

RM 28,742,745.18

AGIHAN JANUARI-JUN 2017

RM 34,198,843.07

Asnaf Zakat

Sumber pensyariatan zakat adalah berdasarkan kepada nas-nas dari al-quran dan al-hadis.

Skop agihan Pusat Zakat Sabah (MUIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syarak. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya,dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hambanya yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan(ktetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah . Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"                

[QS al-Taubah (9) : 60]

Objektif Agihan Zakat

  • Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Asnaf sepertimana yang ditetapkan oleh syarak.
  • Meningkatkan taraf hidup golongan Asnaf merangkumi sosial, ekonomi, pendidikan dan kerohanian.
  • Membantu Melaksanakan usaha-usaha meninggikan syiar Agama Islam. 
  • Mempertahankan dan mempetingkatkan martabat ummah.

Prinsip Agihan Zakat

Bagi melaksanakan agihan zakat kepada asnaf-asnaf yang berhak maka prinsip-prinsip berikut hendaklah diambil kira sebagai panduan:

  • Hak (al-Haq)             
  • Khusus (al-Khususiah)
  • Kolektif (al-Isti'ab)
  • Sama rata (al-Taswiah)
  • Had al-Kifayah 
  • Amanah
  • Pengasingan(al-Istiqlal) 
  • Berhemah (al-Iqtisad) 
  • Pengawalan (al-Riqabah)
  • Pertanggungjawaban (al-Mas'uliyat)
  • Bancian / Selidikan (al-Ihsa')
  • Pencalonan (al-Tarsyih) 
  • Kesegeraan (al-Fauran) 
  • Keutamaan (al-Awlawiyat)
  • Telus (khabar al-sadik)

 Ada 8 asnaf zakat iaitu:

Asnaf Fakir

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah Tahun 1993 (Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau 'Vokasion' atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya)

Asnaf Miskin 

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah Tahun 1993 (Mana-mana orang yang mempunyai harta atau pendapatan daripada 'Vokasion'nya yang tidak mencukupi keperluan sehariannya dan orang-orang tanggungannya.

Asnaf Amil

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah Tahun 1993 (Seorang yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Sabah MUIS bagi memungut zakat di dalam Negeri Sabah Mengikut hukum syarak.

Asnaf Muallaf

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah Tahun 1993 (Seseorang yang baharu memeluk agama Islam dan memerlukan bantuan kewangan

Asnaf al-Riqab

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah Tahun 1993 (Seseorang yang ditahan sebagai hamba atau belenggu yang memerlukan bantuan untuk membebaskan dirinya daripada apa-apa tanggungan yang telah dikenakan ke atas dirinya.

Asnaf Gharimin

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah Tahun 1993 (Seseorang yang berhutang wang atau harta untuk kegunaan orang awam sebagaimana yang dibenarkan oleh hukum Syarak.

Asnaf Fisabilillah 

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah Tahun 1993 (Seorang yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti, atau aktiviti-aktiviti untuk menegak mempertahankan dan menyebarkan agama Islam serta kebajikannya.

Asnaf Ibnu Sabil

  • Berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah (Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum Syarak dari mana-mana jua negeri yang memerlukan bantuan walaupun  mungkin dia mempunyai harta di dalam negeri tempat kediamannya.

HARGA EMAS & PERAK SEMASA

HARGA PASARAN

EMAS : RM 170.00

PERAK : RM 2.70

Tarikh Kemaskini : 13/09/2017

WAKTU SOLAT